Once upon a time, we have heard stories regarding vicious and evil stepmothers(mainly from Cinderella, Snow White, Bawang Putih n Bawang Merah etc) who treated their stepchildren with less love...
But then, NOW, if u guys watched the prime time news on our national TV, you might have heard the case (and quite a few of them) where some parents actually killed/murdered their own children before committing suicide..the news...
BAPA BUNUH DUA ANAK SEBELUM GANTUNG DIRI
(BERITA HARIAN ONLINE NEWS/THURSDAY)
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki ditemui mati tergantung selepas dipercayai membunuh dua anaknya berusia empat tahun dan 12 bulan di Kampung Parit Kasa, Sungai Bakau di sini, semalam. Pekerja kilang, Shaari Hamid, 34, ditemui tergantung pada tali di bilik sama mayat dua anaknya ditemui, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Mayat dua beradik itu, Muhamad Shafril Shamir dan adiknya, Nor Ameelia Syafiqah, ditemui terlentang bersebelahan antara satu sama lain di atas tilam bersama satu botol susu. Difahamkan, dua beradik itu yang tinggal bersama ibu mereka, Norhanizah Ahmad, 27, di Titi Serong, Parit Buntar, diambil bapa mereka, kelmarin. Pasangan itu tinggal berasingan dan dikatakan dalam proses perceraian.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata mayat tiga beranak itu ditemui kakak Shaari yang pergi ke rumah berkenaan. Katanya, wanita itu pergi ke rumah adiknya dan mencurigai sesuatu kerana kereta Shaari ada di depan tetapi pintu rumah tertutup. Sebaik wanita itu masuk rumah, dia terkejut kerana melihat adiknya tergantung, manakala dua beradik terbaring di atas tilam. "Polis juga menemui beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan," katanya.
Shafien berkata, siasatan awal mendapati tiga beranak itu meninggal dunia kira-kira tujuh jam sebelum mayat mereka ditemui.
No comments:
Post a Comment